♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Hello last semester!




assalammualaikum uolss. waa waa berhabuk sangat ini belog. hmm ekceli iolss pon taktau nak update apa ni. sem lepas (sem 5) busy angat angat dengan final projek nya. yelaah masa sem 5 ni la kita nak plan projek apa kite kene buat, lepas habis fasa plan, fasa analysis menanti. dah habis fasa analysis, fasa design. fasa design la yang paling lama sebab nak design interface sistem kteorang, flow chart, er diagram sebab kami menggunakan database sebagai storage simpanan maklumat, dfd, and banyak lagi. mungkin sebab tu la iolss busy and tak update apa apa pon.

skarang dah sem 6, (insyaallah sem akhir) akan melakukan projek yang dah didesign tu. masuk sem 6 kiteorang ada fasa implement iaitu fasa yang mengkehendaki kita untuk melaksanakan project tersebut. agak berat kerana group iolss buat pasa file hosting. ada guna internet, coding, dan sebagainya. its quite tough ekceli. kiteorang dulu ingat alaa benda ni senang je buat function upload download files. tapi hakikatnya ia tak seperti itu. kami ni kena research balik apa itu hosting. fahaminya dan bertanya dengan lecturer core network macam miss tamil ke puan zaleha sebab supervisor kiteorang more to sistem. sebab tu la dia ajar kitorang database masa sem 3. hikhik,.

apa yang aku harapkan pada semester ini ialah aku nak siapkan projek dengan jayanya dan grad on time tamau extend ke pape. (mintak mintak dijauhkan) .

ni la barisan hosmet, 9 orang kesemuanya yang terdiri daripada (nama fesbuk) Cik Mitchi, Nur Farhana, Cik Yatt, Nur Naqilah, ADibah Anis, Nadiatul Husna, Ain Syah, Nor Lisda, dan yang macam kanak kanak ribena pink yg kat tengah tengah tu namanya Izza Izzati.




Ohh sampai sini saja entry kali ni. Got any problem?





Selamat hari raya uolssssss :D

Hai hai hai.
selamat hari raya kepada saudara serta saudari.. setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini~~ teng teng,.,

Gittuwwwwww~ punya semangat tau I nyanyi ni. Uolsss ape tahuu?

K.. dah lama rasanya I tak hapdate ini belog kan? So hari ni terasa lapang dada nak menaip sampai tercabut keyboard uzur ni. Heeee. First nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali insan kerdil ini. Diharapkan uolsss semua dapat maafkan segala kesalahan saya. Dan tak lupa juga kepada insan yang jauh dimata tapi dekat dihati. Paham2 sendiri la. Saya nak mintak maaf kat awak sebab kekurangan saya yg menyebabkan awk pergi tinggalkan saya. K nana tak payah start episod sedih kau tu. Chillax k. Yang berlalu biarkan berlalu. Mungkin aku ni terlalu serius dalam perhubungan. Tu jeee. Heee. ok dah sudah.

Hari ni raya yang ke 6. Belum terlambat lagi kan aku nak buat teruk pasal hari raya? Kahkah. Chillax.~
Raya tahun ni, macam biasa suam suam kuku. Kenapa? Mungkin sebab makin tahun makin meningkat umur so dia punya feel tu kurang. Lagi satu hmmm malas la nak cakap. Mungkin tu jugak faktor nya kenapa aku rasa raya kali ni agak mendap. Kerana kurangnya orang yang havoc macam aku dalam family aku! Gittuwww. Kalau aku sorang je, yang lain diam macam patung kau rasa seronok tak? Adesss lifeless betul la dorang ni.

Dah, malas nak cakap pasal tu. Aku nak cerita pasal warna tema family aku tahun ni. HIJAU EMERALD.
Tapi bukan hijau tu yang aku maksudkan (yang background font). Ni aku letak gambar sendiri nilai la. Tapi kesian kat ayah dengan adik lelaki aku sebab dorang pakai baju tahun lepas sebab kepayahan nak cari baju yang match dengan warna baju kiteorang. Untuk nampak dia rare, kami semua pakai tudung warna coklat. Kahkah.


Itu semua cerita hari raya pertama. Selesai menggedik kat sini, aku balik ke kampung belah mak kat Parit, Perak. Dekat je, sejam dah sampai. Melawat kubur arwah atok, moyang, acu, dan nenek moyang keturunan kami. Katanya ada la sikit darah raja. Celah mana pon aku tatau la. Hahahaha. 

Cerita hari raya kedua, beraya ke rumah member kerja bapak aku kat malim nawar. Pun tak jauh, sejam jugak. Lepas mencekik sampai sendawa yang berbau hashem, bosan bosan berjalan sampai ke pengkalan tu. Aeon station 18 and tesco station 18. Dapat baju 2 helai. heeeeeeeeeeeee. 


Raya ketiga aku buat open house kepada jiran jiran, member2 and saudara mara. Alhamdulillah makaroni yang aku masak memang laris sekejap je dah habis. Mereka tidak putus putus memuji masakan ku yang sedap. Kalau sedap je tak pe la. Ni cakap sedap sangat. Alhamdulillah dah boleh kawin. Hahahahaha. Disebabkan makaroni ni cepat habis, aku masak la koey tiaw goreng basah. Pon mendapat sambutan. Bangga siaaaaak. Hahahahaha. Gambar makanan kat handphone adik aku la. Tak boleh nak upload hihi. 

Lagi beberapa jam aku akan berangkat ke Amsterbernam untuk meneruskan perjalanan untuk menggenggam segulung diploma. Byeeee see you soon....~





Mimpi pregnant??

Tengok title je mesty nak tahu kan. Yes masuk mimpi malam semalam dah 2 kali aku mimpi aku pregnant. Aku pon ada la perasaan ingin tahu apa yang terkandung disebalik kemimpian aku tu. Hakhak terpoyo lak ayatnya. Okay, aku google la. Pas aku google aku banyak jumpa site dari indonesia je. Terbelit belit lidah aku membacanya. Yela bahasa indon kan.

Katanya dalam site demi site yang aku jumpa tu, maksud diri sendiri mimpi yang kita ni pregnant ialah segala kemahuan kita akan tercapai. Kemahuan tang mana aku tatau la. TAPI.... yang aku tak paham kenapa aku mimpikan anak yang aku bawak dalam perut tu anak dia? Kenapa kenapa? Sebelum tido takde pulak aku pikirkan dia ke apa. Aku pelik, aku tido takde apa pon. Biasa je, kenapa mesti mimpi dia.

Dan kenapa aku sangat bahagia yang aku pregnant dalam mimpi tu? Kenapa? Padahal sidia dalam mimpi tu tak dapat terima anak yang aku bawak ni. Aku cakap kat dia yang anak ni memang anak dia. Tapi dia terus menafikan yang anak tu bukan anak dia. Aku menangis. Dah 2 bulan aku pregnant. Dalam mimpi tu, memang aku dah lama kawin dengan dia. Tapi kenapa lepas 2 bulan, dia pergi kepada awek dia yang sekarang ni. Yang dia sayangkan sangat tu. Mungkin tu yang membuatkan aku bersedih.

Tapi lama kelamaan, sidia dapat menerima anak dia yang ada dalam perut aku ni. Ye dia pon terima aku kembali dan dia tak bersama dengan awek dia tu. Dia bersama aku tapi aku lihat dia tak bahagia dengan aku. Hanya aku yang bahagia dengan anak yang dalam perut ni sebab berbapakkan dia. Apa yang Allah nak tunjukkan aku. Sehingga sekarang aku masih mengusap lembut perut aku kemana hilangnya kandungan itu. Aku merinduinya, aku rasa senang bila aku bermimpi yang aku mengandung lebih lebih lagi anak dia.

Kau berikanlah petunjuk kepada aku. Adakah ini hanya sekadar mimpi atau petunjuk untuk aku? Hakikatnya aku sangat merinduinya Ya Allah. Kasih dan sayang aku pada dia takkan pernah padam. Itu lah yang aku janji pada dia sewaktu kami berpisah.

Mudah mudahan Allah bukakkan jalan untuk aku. Aku yakin ada jalannya. In Shaa Allah :)

Mana milik kita?

Apakah yang menjadi milik kita? Ada ke sesuatu itu menjadi milik kita? Pasti kah yang kita memiliki sesuatu? Bukan itu hanya pinjaman sahaja? Bukankah pemilik segala hal ialah Allah SWT? Mengapa kita sering mengaku sesuatu itu milik kita?


Pernah tak terdetik di hati kita yang ungkapan, "Dia milik aku" itu satu penipuan? Penipuan yang paling ketara. Seperti status facebook saya baru baru ni yang berbunyi "Penipuan berleluasa". Hanya 2 perkataan tapi menyimpan 1001 makna didalam 2 patah perkataan itu.

Mengapa kita perlu menipu hati kita? Hanya ijab dan qabul menjadi bukti kata katamu. Akan tetapi itu semua pinjaman sementara. Bila bila masa Allah SWT boleh menarik balik nikmat yang diberikan. Bersyukurlah kerana dengan bersyukur, kita dapat menjadi manusia yang pandai bersyukur dan menerima segala ketentuan illahi.

Mana milik kita? Tidak ada milik kita. Semua yang ada Allah yang punya. Tidak ada kita punya. Kita hanya mengusahakan sahaja. Apa yang kita dapat Allah sudah sediakan. Kita Allah punya, Bumi langit ciptaanNya, miliklah apa sahaja. Tidak terlepas dari ciptaanNya.




Nilai duit masa kini

Assalammualaikum.

Apa yang nana nak cakap harini ialah berkenaan dengan DUIT.

Duit. Agak agak korang boleh tak hidup tanpa duit zaman sekarang? Semua nya nak guna duit. Masuk tandas pun kena bayar tau! Mana ada lagi istilah free laa ni. Bukan setakat tu jaa, nilai duit pon nana rasa makin lama makin kecik.

Nak contoh? Sekeping not RM50. Berapa jenis barang ja boleh dapat kalau kita pergi pasaraya? Mungkin 1 barang, 2 barang atau 3 barang sahaja. Nilai RM50 sekarang macam RM5 je. Kalau aku yang duduk kat ipoh pon dah cakap macam tu apatah lagi masyarakat yang dduk di Keyel tu. Apa sangat yang dapat dengan RM50 tu?

Ermm,, bagi seorang pelajar macam nana ni memang banyak memerlukan duit lagi lagi sem depan nana nak start pikiaq nak buat projek apa. Ingat projek tak kena kuaq duit? Beratus ratus jugak. Mak oii nak cekau mana? PT tak cukup. Alamat kuruih la aku.

Macam lagu M. Daud Kilau tu, "Duit duit dimana kau duit?" Sasau aku nyanyi lagu dia. Haha. Kena paham la semua orang akan mengalami masalah kewangan punya. Selama dok praktikal kat taiping ni, serius talk la nana cakap duit PT nana lama dah habis. Sekarang ni memang mengharapkan belas ihsan mak bapak je bank in tiap tiap bulan. Cukup tak cukup pandai pandai la. Kadang kadang kalau duit nak habis, nana malas nak cakap. Takut depa kat rumah tu susah hati pulak. Selagi nana boleh berjimat nana jimat.

Kalau dulu awai awai sem, tudia punya tak sedaq diri p ke hulu p ke hilir. Ehh tiba tiba sedar yang nana dah start loghat utara. Hahaha dok taiping kan dah cakap utara. Kadang kadang nana belajaq perkataan baru dari depa depa la. Masa PT punya duit banyak lagi, kemain berjalan sakan. Ke penang la ke ipoh la. Tu la orang dok kata tak sedaq diri. Sekarang diri sendiri susah.

Ni aku tatau nak poli cena. Mau duit lagi. Aku rasa aku ni pembeban kat mak pak aku. Satu hari nanti bila aku dapat gheja elok, aku nak balas balik jasa jasa depa. Depa banyak tolong aku. depa la yang selalu ada dengan aku.

"Duit duit duit kemarilah kau~~!" Dah macam dukun tarik duit pulak aku ni kan? Hahaha, takpa la. Aku tau mesti ada yang kata, "hang dok post kat blog pasal takdak duit pasaipa? Ang ingat ang boleh dapat duit ka kalau macam ni?" hahaha. Orang tak bg tau pon nana tau dah awai awai. Nana tulih ni at least kurang sikit berat kat pala pikiaq pasai duit ja. Nana sedaq nana bukan orang senang. Tu yang dok nak bawak perubahan kat keluarga tu.

doakan nana ye? In shaa Allah dapat gheja elok boleh tolong mak bapak. Because I heart them so much. Thank you sebab dah lahirkan anak bebai macam ni. Puan Fatimah & Encik Omar. Thanks you nahh :-* for you both. papaiii~

Munafik & Syurga Cinta

Cinta. Apa itu cinta? Apa yang anda faham tentang cinta?

Satu soalan yang abstrak dan kita akan menjumpai pelbagai jawapan dari soalan di atas itu. Sape kat sini boleh terangkan apa itu cinta yang sebenarnya?

Kita sering mengatakan yang kita sudah jatuh cinta. Bila ditanya apa itu cinta, masing masing tak dapat menjawab soalan mengikut skema jawapannya. Hahahaha.

Pada nana, cinta itu satu ikatan antara 2 jantina iaitu antara lelaki dan perempuan. Mereka terikat dengan ikatan batin dimana masing masing mempunyai perasaan yang sama itu perasaan kasih dan sayang.

Kita sebagai manusia biasa mana boleh lari dengan perasaan ini. Perasaan ini sebenarnya satu amanah dari Allah SWT kepada kita. Cinta adalah fitrah manusia.

Cinta itu sebenarnya anugerah yang indah. Kita manusia yang mencorakkan cinta itu ke arah baik atau tidak. Tapi ingatlah bercinta bukan maksud bercouple. Couple itu haram.

Kita masuk kepada munafik cinta. Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan munafik cinta? Munafik cinta bermaksud menzahirkan perkara perkara yang baik depan orang tapi cintanya menunjuk nunjuk depan orang. Di belakang orang, mereka tak ubah seperti couple yang lebih cenderung ke arah maksiat seperti zina hati, mata, dan sebagainya.

Pasangan yang munafik cinta ini bahaya kerana ia akan mempengaruhi pasangan yang lain untuk tampak baik depan orang awam. Hakikatnya mereka takbur serta riak dengan pasangan masing masing. Berlandaskan hukum hakam agama mereka tegakkan, tapi mereka sendiri melakukan dosa akibat cinta yang tersalah jalan itu.

Syurga cinta. Apa yang dimaksudkan dengan syurga cinta ialah cinta yang membawa kita ke syurga. Kita yang mencorak cinta kita menjadi cinta sejati atau tidak. Cinta tidak memudaratkan diri kita. Tapi diri kita sendiri la yang memudaratkannya.

Cinta selepas kawin, merupakan cinta yang di anjurkan sebenarnya. Cinta sebelum kawin sebenarnya boleh mengundang kepada ke arah maksiat kalau hati dan iman kita tidak teguh. Iman tidak tetap. Akan menaik dan menurun dan iman jugak tidak diwarisi.

So coraklah bentukk percintaan anda. Nak bawa ke arah neraka atau syurga. Renungkan dan selamat beramal.

Assalammualaikum.



*Hipokrit

Hipokrit. Mungkin title entry saya kali ni agak kontroversi. 

Tapi inilah fakta dunia yang perlu kita hadapi. Kita mungkin tak sejahat mana dimana kita bukan perogol, perompak, penjenayah dan sebagainya. Tapi sikap kita mungkin dilihat seperti kita sudah melakukan pelbagai kerja jenayah.

Sikap apa? Sikap hipokrit. Sedar tak sedar sememangnya kita semua ni tak lari dari sikap hipokrit. Biasalah manusia, mana ada yang sempurna. Baik luarannya, tak semestinya dalaman pun baik.

Kita actually memang tak deserved nak judge orang bcoz kita pon tak sempurna yang banyak kekurangannya. What about kalau kita perbetul diri kita sendiri before kita nak menghukum orang yang ada di sekitar kita.

Pada nana, nana pon pernah nak judge orang sesuka hati nana. Tapi tu before nana kenal orang tu macam mana. After kenal and mendalami sikap dan sifat dia, dari situ kita boleh tahu yang tanggapan kita masa first met memang meleset!

Tapi bila dah kenal lama dengan seseorang tapi still cover perangai pon menyampah jugak. Dengan kita kemain buruknya perangai, tapi kalau dengan orang yang dia belum biasa kan lagi, ya Allah. Pijak semut pon tak mati woii!.

Marah marah ni. hahaha, ehh tak laah. Macam apa ye nak cakap, tak perlulah nak hipokrit dengan beraction macam gadis melayu terakhir depan orang. Tapi, dengan kita dialah macam hantu. Memang tak kena langsung dengan perangai dia tu.

Aku tatau macam mana nak bawak diri aku keluar dari kerungsingan aku dengan manusia macam ni. Dulu aku pernah jumpa orang yang macam ni. Ikutkan hati rasa nak sepak sepak je.! Haha (Jahat tak?) *sikit sikit je k. Hihi.

Pada pendapat aku, tak perlu la nak berkelakuan macam tu. Walau buruk mana perangai kau, kalau kau tak jenis cover segala benda, orang boleh terima la weh. Memang kita tak dapat nak puaskan hati semua orang tapi at least tak buat benda yang orang tak suka. Especially tentang diri kita.

Nana tak cakap nana ni super perfect ke apa kan? Kita manusia masing masing ada kelebihan dan kekurangannya. Tak salahkan ingat mengingati antara satu sama lain? Kat situ dah boleh membina satu ukhwah yang terjalin antara kita dan orang sekeliling kita.

Kita patut terima teguran dari orang. Kalau benda itu baik untuk diri kita sendiri, dengarkan aja. Tapi kalau orang tegur benda yang tak betul and really wrong dari diri kita, why not kita cakap dia elok elok. Tak perlu nak show off perangai kita yang snobbish dengan melawan balik. Its not nice. Lagi lagi kalau orang yang menegur kita ni dari kalangan orang tua. 

Show some respect. Tunjukkan kan diri kita yang kita ni seorang yang matang. 

Renung renungkan. Dan selamat beramal. Peace yawww!