♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




ego??

assalammualaikum all,
hari ini hari baru dengan topik yang baru. 

EGO..

haha, apa itu ego?
Apa sebenarnya yang dinamakan EGO???
Bila kita tak luahkan perasaan, itu dinamakan EGO???
Bila kita pendam semua perasaan kita, itu dinamakan EGO???
Bila kita control perasaan supaya tidak terlalu ketara, itu dinamakan EGO???
Sebenarnya aku sendiri tak memahami definasi EGO...
Bagi aku setiap manusia mempunyai definisi EGO yg berbeza...
Aku merasakan itu hanya perasaan takut untuk dikecewakan tapi kebanyakan orang mengatakan ianya EGO...
Aku control perasaan gembira kerana takut apa yang aku harapkan tak menjadi, itu dinamakan EGO???
Aku control perasaan marah kerana tak nak ada yang terasa hati, itu dinamakan memendam perasaan???
Bukan EGO ke???
Sebenarnya apa definisi EGO???
Aku perlu tahu apa yang dinamakan EGO...

#copy paste





sesetengah ada yang berpendapat itu adalah satu lumrah dimana setiap manusia itu mempunyai hati yang berlainan dan pemikiran yang berlainan.

contoh :
  1.  ego bertempat takpe. apa yg orang lain claimed ttg diri kita tu, tak semestinya betul kan? jgn fikir sgt cakap org.
  2.  ego tu adalah perasaan menahan dlm diri yg mungkin keterlaluan. sampai tak tahu nak kompromi ngan org, tak tahu nak jaga hati org..ego lah.ego ni ada tahap tertentu. 
    ego setiap org pun berbeza.
  3. alaa, selalunya laki yang memang kuat ego.

hmm, kadang kadang ego ni la yang jadi punca kita gagal dapat sesuatu. sebagai contoh, kalau ada seorang lelaki ni berhajat nak menyunting hati si dara ni, tapi malu, bila ada yang tanya perasaan lelaki ni, buat buat tak mengaku. apa hal weh? kau lelaki ker perempuan? beranilah sikit weh. apa gune 0|0 kau tu? masih kecut kah?


nak contoh lagi?
nak dijadikan cerita, Aina dengan Hafiz ni dah berkawan baik lamanya. dalam selama berkawan mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya mempunyai perasaan satu sama lain.
Aina ni seorang yang lemah lembut, disenangi ramai membuatkan si Hafiz senang ketika bersamanya. Kebetulan pula sifat si Hafiz ni pulak seorang yang soft spoken dengan perempuan, caring, alaa kirenya macam prince charming la. hero malaya la katakan. hehe. kadang kadang bila mereka sangat rapat, maka timbullah satu perasaan yang luar biasa pada si Aina ni. sebenarnya Hafiz da mula mensyakki yang Aina ni mempunyai perasaan padanya. Tapi dia mengendahkannya. Mengapa? Katanya, tak bersedia, apa la. Aina tu baik orangnya, penyabar dalam melayan kerenah Hafiz. Aina juga mula merapatkan dirinya kepada ahli keluarga terdekat Hafiz. Tapi kenapa Hafiz masih tidak menerima cinta Aina? Apa kurangnya Aina? Aina cantik orangnya, ada agamanya. Apa lagi yang kurang? Jangan sampai Aina melangkah pergi dari hidup Hafiz baru dia nak mencari Aina. Disaat itu menitis air mata darah sekali pun tiada gunanya. Kerana ego, Hafiz telah kehilangan orang yang dia sayang.


mau lagi?

LUAHAN HATI SEORANG YANG MENYESAL KERANA EGONYA

Kerana ego saya menyesal..
awak..pesanan ini khas untuk awak..
tapi awak dah takde dalam hidup saya..
saya harap awak baca ya..
ni kisah kita..
awak ingat lagi tak, masa kita mula mula kenal?
saya layan awak dengan baik..
awak pun layan saya dengan baik..
mesranya kita masa tu kan?
saya dah buat awak jatuh hati pada saya..
dan awak terlalu sayangkan saya..
saya pun sayangkan awak jugak..
tapi khilafnya saya..
saya abaikan awak, saya ego..
saya buta melihat untuk melihat ketulusan awak..
saya lukai perasaan awak..
saya banyak tipu awak..
saya sibuk layan orang lain..
sehinggakan awak menangis kerana saya..
kejamkan saya?
saya tak pedulikan awak.
saya selalu buat salah..
bila awak marah, saya salahkan awak balik..
saya buat tak endah je kat awak..
saya tau awak terluka..
awak korbankan segalanya untuk saya..
buat macam macam untuk saya..
awak rela sedih asalkan saya bahagia..
butanya hati saya sebab tak hargai awak..
tapi pada satu hari tu, saya rasa sunyi je..
mane awak pergi??
saya cari awak tau!
call berkali kali tapi awak tak angkat..
sms saya pun awak tak reply..
kosong hidup saya tanpa awak..
selalunya setiap pagi dan malam awak mestu mesej saya..
saya rindu sms awak..
"gud morning sayang, gud nite dear"
tapi sekarang dah takde mesej awak tu..
tiba tiba awak call..
saya gembira bila tengok no awak!
saya angkat call dengan hati yang sangat bahagia..
dengan secara tiba tiba awak mintak maaf pada saya..
awak cakap awak dah tak dapat kembali bersama saya lagi..
awak dah ada orang lain..
awak cakap awak jumpa orang lain masa saya abaikan awak dulu..
betapa hancurnya hati saya dengar semua penjelasan awak..
sejak hari itu, saya tak dapat terima kenyataan yang awak dah jadi hak milik orang lain..
awak!!!
Kembalilah!!!
saya nak cakap kat awak yang saya cintakan awak sangat sangat!
kehilangan awak buat saya sedar yang saya sebenarnya sayangkan awak..
saya menyesal sebab sia sia kan awak dulu..
ini lah balasan untuk saya kerana terlalu ego..

p/s: ingatlah, janganlah kita terlalu ego dan mementingkan diri sendiri sehinggakan mengabaikan orang yang paling berharga dalam hidup kita.. jangan sampai kita kehilangannya sehingga kita menyesal tak ada kesudahannya.. hargailah orang yang sayang pada kita.. pasti kita akan bahagia kelak :)



haa. nak ego lagi ke??

if nak, u just go on!

thank you.