♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




belajar untuk bersabar

PANAS BARAN??
tapi aku tak panas baran. kenapa pulak aku kena belajar bersabar? semua orang di dunia ini patut belajar erti sebenar SABAR. banyak hal akan berlaku kalau kita sendiri takde sifat sabar. sabar itu penting dalam membentuk karakter diri supaya masyarakat sekeliling dapat menerima kita dalam kelompoknya. sebagai contoh, sekiranya diri kita tidak mempunyai nilai sabar, kita akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan seperti orang tidak mahu memaafkan kesilapan kita.

saya sendiri pun mempunyai tahap kesabaran yang rendah. ada kalanya tahap kesabaran saya tinggi apabila bersama dengan orang yang tersayang. tapi mengapa? mungkin orang tersayang tu sedikit sebanyak memberi dorongan kepada diri kita supaya sabar. masalah itu semua orang menghadapinya, bukan? kita kena pandai menguruskan masa untuk menghadapi masalah itu.


readers yang tersayang, hari ni saya nak share masalah saya dengan korang semua. ada seorang hamba Allah ni, dia merupakan bekas kekasih boyfriend saya. pada mulanya, dia memang seorang player. dalam masa yang sama dia juga mempermainkan perasaan boyfriend saya. akan tetapi setelah saya officialnya bersama dengan dia. mungkin dia rindu dekat boyfriend saya tu. biasalah kan adat bercinta. pada waktu hati saya sakit sangat. saya tak tahu macam mane nak kawal perasaan sakit hati dengan geram dekat hamba Allah tu. pada mulanya memang saya berbaik- baik dengan dia. dan saya juga tahu isi hati boyfriend saya pada bekas kekasihnya. mungkin sisa kenangan itu masih ada. adakan saya jadi orang yang ketiga? tapi saya tak merebut MR. I tu. apa yang saya patut lakukan???

saya sudah mula sayangkan boyfriend saya tu. tapi kalau kita share story tu kat orangm orang akan kata "ala, boyprengg je pon bukannya suami, cari jela yan lain" tersentak rasanya kalau ada orang cakap macam tu. yang kita inginkan sebenarnya adalah pendengar yang setia kan? oleh kerana saya tidak menahan sabar saya. saya menggunakan akaun FB boyfriend saya untuk menghantar mesej kepada hamba Allah itu. dengan nada selambanya saya hantar "nape add balik?? xmalu ke?" .

agaknya lepas dia baca mesej tu, terus dia post ke wall saya dengan nada maki hamun. dengan tidak dapat menahan emosinya saya membalas dengan  maki hamun dengan kata kata kesat sampai dia tak membalasnya kerana tak tau nak balas ape. bila di pikir pikir balik, saya rasa menyesal berbuat begitu. saya menyesal. saya bertindak bodoh, saya dah menyinggung perasaan dia. Ya Allah, khilafnya hamba mu ini. bagaimana caranya nak meminta maaf kepadanya? kata kata yang saya lemparkan kepadanya sungguh tajam ya Allah!

rase bersalah terus membelenggu diri. saya dah memaafkan dia. jujur saya dah maafkan dia dengan kata kata dia tu. lagi pun saya pikir apa la faedah nya kalau berterusan begini kan? ok, saya hantar mesej kpada hamba Allah tu, tapi malangnya mesej tak delivered. aku berdosa dengan manusia ya Allah. apa yang perlu aku buat sekarang ni? saya dah banyak kali mengguris perasaan dia. seharusnya kita yang tua ni bersikap matang dan pandai membuat keputusan. saya suka statement kawan saya "pasal laki pon nak gaduh ke?" ada betul tu, betul sangat.

harap korang boleh tolong ye?
assalammualaikum.