♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




sekitar keputusan exam semester 2

erm, tajuk entry kali ni korang agak aku happy ke tidak? sebenarnya tidak. result aku sem ni setimpal dengan apa yang aku buat sepanjang sem 2 ni. aku banyak main. orang study aku mesej, mengonlinekan diri serta buat kerja kerja lagho. membuat kacau adalah satu kemestian. sehari aku tak buat tak nyaman rasa hidup aku. apakah itu faktor aku boleh dapat result yang sedemikian? erm. betul lah kata orang orang putih "what you give, you'll get back" aku percaya dengan quote tu. dari keputusan kita dah boleh tahu usaha kita setimpal ke tidak. tapi ada jugak yang siang malam mengadap buku, nota tapi still jugak di takuk lama. erm nak buat macam mane kan? tapi aku rasa sem depan aku kena tanamkan azam yang abru untuk belajar bersungguh sungguh. cehh, masa sem 1 aku cakap macam ni jugak. tengok tengok sem 2 ni la aku paling banyak main. copy paste kerja orang. ish ish apa nak jadi dengan aku ni? aku nak tunjuk result aku. memang agak teruk, tapi aku bersyukur sebab semua subject yang aku amik lulus. walaupon pointer makin rendah, aku tak malu nak tunjuk dekat orang. sebab aku bersyukur.


network aku nyawa nyawa ikan!


haa lagi satu yang aku tak boleh blah punya tang OS tu. sumpah aku tak sangka aku boleh dapat sampai 3.00. yela tengok jela PB aku bape, 62 je. network pon xrendah macam ni. ape ape pon bersyukur jela, rezeki tuhan bagi. tapi yang aku tak puas hati ni, markah koko bagi rendah sangat nape? aku tengok yang lain dapat sedap je 4.00. aku 3.00 je? aku rasa volley ball aku fail kat digging je. yang lain boleh la. erm lau tak ade la sikit meningkat pointer aku. muahaha. thanks to Puan Ku sebab luluskan subject network aku. aku tahu PB network aku paling rendah, dapat 69 je.

apa apa pon. aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab meluluskan aku. sebab aku pikir 2 subjek killer ni entah lepas ke tidak. network fundamentals dengan fundamentals of operating system. btw, enjoy your result.
erm bagi kawan kawan yang kurang bernasib baik tu, redha jela. pointer bukan ukuran untuk mengukur kepandaian seseorang. pandai itu luas. kalau tak pandai yang ni, mungkin kau pandai yang lain. setiap manusia ade keisitimewaannya masing masing. terus berusaha dan berusaha. *peringatan untuk diri sendiri jugak