♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Hangout lagi dengan girlfriends !

Hai assalammualaikum.

Hari ni bangun pagi (pagi ker?) dikejutkan dengan call dari wani. suara excited sangat aku pun tak paham. dia cakap, 'weyh kau dah baca belum text dari syera?' so aku perasan aku bentuk sampul surat kat handphone aku. okay ada meje ghupenye. then aku cakap, 'wani, jap aku baru nak baca text tu' dia pon letak la phone. wani ni kedekut kredit :P tu pun pakai sos topup.

mesej berbunyi "om, nesah! (om tu singkatan nama bapak aku) cepat siap2. kiteorang amik nanti. kite jalan la mana mana. aku tahu korang mendap duduk rumah kan? " okay aku pun terus bangun and tengok jam menunjukkan pukul 10 pagi. dalam hati aku sejak bila kalau nak lepak keluar awal sampai macam tu. ghupenye abea suh siap je sebab dia temankan mak dia ke hospital. nak dekat pukul 1 jugak kami keluar. abea terlewat.

kami mekap sungguh la cantik, anggun noks. tapi mungkin statement tu patut diberikan pada hanisah sebab dia paling canti and paling mekap tebal. tanpa mekap pun dia cantik. membuatkan hati lelaki boleh bergaduh sesama sendiri.


kesian syera, muka dia tak nampak. terlindung :P



this is me.

okay selepas tu, kami straight ke food court. katanya wani kelaparan, tak makan lagi. sampai foodcourt tak makan pulak. kami yang lain makan benda yang ringan je. air and donut big apple. big apple bende yang ringan? hek luu. kau tahu tahap kolestrol dia berapa? and berapa bijik aku telan? pada mulanya aku beli 1 je. comel kan? haha pastu aku beli dorayaki sebijik. okay comel lagi. dah lepas membuang masa kat situ terus ke BOWLING. pergh lama jugak aku tak main bowling nih. dah maju bowling jj kasut dah baru, tak hodoh macam dulu. yang tak best nya wajib pakai stokin and sewa kasut bayar RM2. dulu free of charge. nasib aku bawak stokin. hehe. okay kami bertarung 5 orang. konon konon sape yang kalah tu balik jalan kaki. kononya laaa. okay game start with abea-->syera-->hunysa-->aku-->wani.

ni 4 orang tu. yang tudung kuning semangat diraja tu hanisah namanya. yang tudung warna pink pulak abea. nama sebenar dia syahirah binti mohd abza. akibat dia pernah typo nama bapak, kami terus panggil dia dengan nama tu sebab yang tudung kelabu belakang tu namanya syahirah jugak. so nak bezakan antara dua, sorang kami panggil abea, sorang lagi syera la. and the last person, tudung ala ala ghimau mengaum tapi jambu dengan warna pink nama nya wani. pm me if ada berkenan :P


aksi saya sebelum balingan strike dari saya :P
(konon)

lepas huha main bowling sampai habis, ternyata syera champion kita pada kali ni(yang tudung kelabu) and second sape entah? tak pasti sama ada saya atau si wani ghimau tu. haha, yang pasti orang yang kalah pada kali ini ialah abea. kan kami ada deal sape kalah balik jalan kakii kan? tapi dia tak boleh sebab dia driver and kereta dia punya. alamak! haha. pape je tu semua gurauan semata.

dah habis bowling, nak la kami semua pergi karok nun. masuk masuk okay la satu bilik RM17, tak sempat kami nak bercakap, orang tu dah cakap "Bilik full la :)" kami pun keluar la dengan hampa. nak sedapkan keadaan aku pergi tanya lagi berapa lama kalau nak tunggu? 20 minit katanya. tak jadi terus kami turun.

sambil menyusuri esklator, aku dapat panggilan dari syeeda yang kata nak jumpa aku. haish rindu sangat ke kat aku? padahal semalam aku dah keluar dengan dia. katanya nak ke kk tapi ke jj pulak. mungkin dia ada kesalahan alphabet. hahaha gelak jahat. nevermind, datang dengan jubah and bertudung. terkezut aku menengoknya. haha. pape pun aku ada snap pic dengan dia. ni pun syakir yang tolong tangkapkan. thanks syakir. 



p/s: syeeda ni kawan lama aku masa sekolah rendah. dulu memang dia duduk ipoh. tapi sejak darjah enam rasanya dia berpindah balik ke tempat asal dia, keyel. haha. dia la kawan masa zaman nakal, zaman stok rekod sekolah dengan macam macam kes. haha.

lepas tu aku berpisah dengan dia dah. aku ikut balik girlfriend aku yang tadi. dorang semua menuju ke wayang nak tengok movie apa yang best. masa tu nak dekat pukul 5 rasanya. aku tanya la kenapa pergi sini? nak tengok wayang ke? then sape entah cakap. hami nak belanja kite berlima tengok wayang! pergh bapak best. tapiiiiii abea nak balik awal. dia kan driver. melepas dapat tengok wayang free. so kami masuk capcom. main video games! macam macam kami main. aku dengan wani main tembak tembak pistol raksasa. superb best aku tak mati mati. wani dah lama mampos. *aku berbakat dalam tembak menembak. walaweh. haha. then dengan syera main drum nyaa. tak leh blah je. haha. hami datang. main games sama. 

dah habis tu abea kata terus balik. okay kami ikutkan laah. sambil nak balik tu singgah foodcourt kan? okay abea nak beli big apple untuk family dia. dia beli 6 bijik. hami tengok kiteorang macam kiteorang nak sangat dengan big apple tu. dia cakap kat kiteorang, nak ke? amik jela. aku belanja. meloncat kami suka. haha. kami nak amik 6 ketul je cukup la sorang satu kan? tapi dia suruh amik 12 ketul punya. so sorang dapat 2 ketul la. untung untung. 12 ketul pun dah RM25. macam tu je. pastu hami beli lagi 6 ketul untuk family dia. wow, orang dah keje boleh la kan membazir macam tu. hihi. terima kasih ye encik hami hilmi bin hanif atas kebaikan hati belanja big apple :) kami lepak kat meja makan jap. pastu balik.

end of this storyy for today.
thank you for reading :)