♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Cerita lamaa tapii nak story jugaaak! Hahaha.


Assalammualaikum. Well well. Are you semua okaaay? Hahaha. Nana nak cerita masa pergi penang hari tu. Alaa masa sebelum ambang tahun baru kami sempat kesana. Dengan sape? Dengan sape lagi? Ainee Syafiza, Nazurah Nasri, Nadiatul Husna dan keluarga abang Nazurah la!. Kami gerak dalam satu kereta. Nasib jugak laa naik kereta yang boleh menampung kami semua. Naza Citra. Kami gerak dari bilik kami yang kat taiping ni. Tapi masa tu Nadia takde, Nadia kat rumah dia. So, kami ikut jalan lama untuk pick up Nadia di Bagan Serai. Muka berseri seri je semua. Yelaaa nak berjalan kan?

Perjalanan ke Penang mengambil masa dalam 1 jam setengah je. Aku sebagai penduduk ipoh sejati merasa perak bila dah masuk area penang walaupun baru sikit (Nibong Tebal). Serious talk aku tak pernah menjajah penang lagi walaupun penang dengan ipoh tu tak jauh mana (kalau ikut highway). Selalu bila aku pergi ke utara, aku pergi jitra, kulim, atau padang besar tu je. Kat highway pon cuma lalu je penang tu. Tak pernah pun menyinggah. *kesian kan?

Kami terhutang budi sebab sampai makan pon kak ipar zura yang belanja.. Kami jadi tak sedap laaaa. Errrmmm sampai je penang, kami terus ke carrefour bukit mertajam sebab rumah zura kat sana. Singgah situ dulu sebab konon nak cari battery lappy nadia. Battery lappy dia dah gelong sikit (macam tuan dia ). Jalan jalan la kat situ laalalallaa. Pas tu, kak zura datang balik tapi bawak adik zura dan kawannya. So, dalam naza citra tu semua girls! Hahaha, girls day out betul. Pastu kak ipar zura bawak kami ke pacific jalan jalan shopping. Masuk masuk dalam, tudia baq hang. Sales menjadi jadi di dalam. Yelaaa tengah hujung tahun kan? Discount sampai 80% tu! Gila tak gilaaa. Aku nak beli handbag yang aku minat tu tapi semua handbag yang aku minat semua nya mahal. Apahal kan? So terpaksa la kuburkan niat di hati tu sebab nak saving.


Copppp! Kenapa mesti slimming di belakang tu? Kay menganjing aku. Hahaha. 


Cepat cepat nanty takot bowling full lane!


Lepas pusing pusing shopping, naik tingkat atas kami p main bowling. Sekali lagi kak ipar dia belanja. Aku dah hulurkan duit untuk part aku main bowling tapi dia taknak. Aku cakap laa 'Segan la kak' Dia best je jawab "Segan p duduk bagan hahaha " Dah dia kata macam tu aku apa lagi. Hahahhahaha. Meneruskan aksi bermain bowling! Muehehhee,


Payau mukaaa seharian berjalan.



Anne cakap malas main tapi last last excited nak main. Hahaha.




Nampak bendera di belakang? Bukti aku dah menjejak penang secara rasminya. Location : Pacific Megamall.

Tengok laaah muka aku tu monyok je sebab menunggu giliran untuk turn aku. Ehh kalau korang perasan mamat kat belakang tu usha kamera kan? Ahaha kelakar je. Tapi sebenarnya dia sweet. Dan aku rasa macam aku dah banyak kali jumpa dia. Tak tau kenapa perasaan aku berkata macam tuuu. Ermm biarkanlaaah dia tu. Bukan penting pon kan? Hahahhaa.

Lepas tu kami terus gerak ke pulau untuk pergi ke pesta tersebut. Pesta tu terletak kat sungai nibong. Kami gerak dalam 740 pm macam tuhh. Bila dah lepas jambatan pulau pinang, tudia baq hang. Kereta macam semut jaaa. Jammmmmeedd! Tak bergerak langsung. Ape kes? Sampai ada polis yang kawal. Kata zura sebelum ni okay jeee takde la jammed teruk macam ni. 

Dah jadi nasib kami kot, hari yang kami pergi ni la ramai orang nyaaa. Redha jelaaa. Bayangkan kami stuck dalam jam hampir 2 jam! Nak dekat pukul 11pm jugak kami dapat parking, tu pon kami p makan dulu sebab masing masing dah kebuloq je rupenyaaa. 

Masa yang di tunggu tunggu kan masuk pesta penang!! Memandangkan kami masuk atas pukul 11pm, kami masuk free je tak payah susah susah bayar RM3 seorang. Muehheeheehe.



Now I'm at Pesta penang!!


Yesss inilaaah kami! Excited nak main. First kami main x-coaster. Nampak macam 'pondan' tapi menakutkan! Hahaha.


Kami bersama dengan anak akak ipar zura. Hyper active tapi still maintain cute! Tapi dorang bukan kembar tau!


Rehat sebentar lepas pening main extreme game. Muka dah payau tuhhh. Comel kan budak tu! Geram titewww. Hewhew.


Insyaallah saya akan menjadi seorang ibu suatu hari nanty. Hahaha,.

Okaayy kami balik dalam pukul 130am dan terus ke hotel juru untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah masing.


Tengoklaaaah betapa bataknyaa kami masa dalam hotel ni. Haha. dibiayai oleh akak ipar nya jugaaa. Syukran, banyak jasanyaaa. 

Kami tidur dengan tenang, sampai tengah hari nya kami kena check out dan pulanggg. Itu lah pengalaman kami ketika berada di penang. Sekian terima kasih. Tolong tolong! Jari saya cedera. Ada sesiapa yang sudi membantu jari saya untuk ke hospital? Muaaahhahaha, morning jokes :D