♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Kehidupan latihan Industri dan rakan rakan :D

Assalammualaikum!

Hari ni baru ada semangat nak cerita pasal LI aku ni. Hahaha sebelum ni ada keinginan nak update pasal ni tapi entah kenapa perasaan malas tu menyelubungi sejenak hati aku. Hahaha.



Alamak, sorry terserius masa tengah keje. Acah acah je ni. Hahaha



haaa ni baru bagusss. Senyum je sokmo. Hahaha.

Aku LI kat taiping. Jauh kan dari rumah aku? Aku dok ipoh je. Tapi kalau guna highway ke taiping tak sampai sejam pon. Hahahahha. Well so far okaay sepanjang aku LI kat sini. Staff pon okaay. 

Nak dijadikan cerita, kami 4 orang ni TERdatang awal tempat LI tu masa hari lapor diri. Bayangkan tempat tu pon takde orang datang lagi. Semangat betul kami kan? Then ada akak comel bukak pagar and kiteorang terus la masuk. 

Haihhh cuak cuak. Yelaa first day kan? Tak tahu lagi selok belok kerja macam mana. Okaay kami okay lagi. Tapi kami ingat kami je student LI kat situ. Tapi ada 4 orang lagi. Dari poli arau. Masa tu dorang belum datang lagi. Kami semua bajet yang dorang semua ni laki. Tapi tak, dorang perempuan. DIP sem 6. 

Hahaha terbahak bahak kami gelak bila apa yang kami expect lain dari yang lain. But nevermind. Its still okay right?

Masa first day tu, kami dapat 3 buah projek untuk membangunkan sistem. Huh? Apakah? Bagi yang DIP tu mungkin takde masalah sebab dorang dah buat final projek bagai. Kami yang networking ni? Belajar pon database kotak hitam je. Kami tak belajar PHP, adobe dreamweaver. Tapi kami kena belajar sendiri pasal tu.

Haihh dugaan. Tapi terima jelaa. Ni kalau ada yang tatau ada akak akak yang boleh guide kami. 

Nasib la dorang semua okaay. Kalau tak memang tak kesudah nak buat benda tu bagi siap. Susah jugak nak jadi programmer ni. Nasib aku networking. Main hardware je. hahaha.



Ni laaah kami punye "office" yang tak berapa nak office ni.


Haa perkenalkan! Staff kat sini yang sebelah nadia tu. Nama dia Syakina. Kami panggil kak kina. Then yang sebelah anne tu student LI gak tapi dia senior. And lagi satu DEGREE. Dari utem.

Bahagia tak kami? Hahhaa. Slack la zura takde dalam gambar ni. Sebab dia yang tangkap. Masa ni Sya, Kirin dengan Niza keluar lunch. kami kuar lunch lambat sikit.

With anne tercintaaaaakk. hahaha.

Sebenarnya aku dah tatau nak cakap pasal apa dah. Nak cakap LI kat sini sangat awesome! Hahahhaa.

**

Ni aku kat Taiping Sentral. Melepak menyakai dengan anne dengan zura. Masa ni nadia takde dia balik rumah sebab mak dia mintak tolong nak jahit tengkuk baju kurung yang orang tempah dekat mak dia. Aww so sweet.


Kegemukan ku terserlah.


Gelapnyaa muka aku. Apa tips ehh nak putihkan kulit macam dorang ni? Hahahhaa,

Okaayyy.. kita ke segment keluar dengan geng kerja. Pada hari sabtu lepas aku dengan 6 yang lain gerak pergi TS nak tengok wayang minyak dagu. Kami ikutkan je walaupun kami tahu cerita itu sangat bosan. Kami pergi dengan 2 bijik kereta. Aku dengan anne naik dengan niza. Sya, Nadia dnegan zura naik kete Kirin. 

Mula mula datang mesty la kena beli tiket dulu kan? Okay kami beli 7 tiket untuk cerita minyak dagu. Wayangnye start pukul 330. Sekarang 130 ade beberapa jam lagi. Haaa apa lagi.. Karok mehhh!!!! Hahaha yang nyanyi pon kami berempat je. Aku, sya, zura, anne. Nadia ada la sikit jadi penyanyi back up. Huhu.


Tudiaaa anne. Excited ke hapa nak nyanyi ni? Dah pilih lagu belum? Wakaka.


Nampak aku sedang pilih lagi. Biar sya nyanyi dulu. Wakakaka.


Terima kasih sebab menyumbangkan kamera ini. Hahaha *tuan punya kamera


Test mic. Check sound 1,2 1,2


Tenang yaa. Aku nak nyanyi ni. Silaa bersiap sedia.


Sekebun cinta nan berbungaaaaaa~~



Nadia muka dah feduppp. Hahahaa.


garangnyaa akak nii :3 phewwww

Okay sesudah selesainya sesi karaoke, kami straight ke wayang sebab jam memang dah menunjukkan pukul 320pm. Sampai sana beli la apa yang patut. Popcorn bagai. 

Okay cerita minyak dagu ni actually takde la best mana tapi boleh la sebagai bahan tontonan di masa lapang. hahhaa jahat. Sebab lepas habis je cerita tu, aku tak rasa apa. Rasa kosong. Langsung tak meninggalkan kesan untuk aku.

Yang paling meninggalkan kesan untuk diri aku ni ialan avengers! Perghh bapak best. dengan audio system best. Memang gempak la cite dia. Cite macam tu laa tak rugi duit aku keluar. Hahahha.

Okaay habis tengok wayang. Perut rasa lapar sebab tak makan apa apa lagi. Heee, no choice. Makan jelaa kat foodcourt tesco. Ermm disebabkan lapar aku amik claypot nasik. Banyak sikit. Tapi air aku amik coolblog! Huhuhu, my fav is honeydew apple jelly. terangkat siakk. Try laaa :D


Muka kelaparan


Jemput makan semua. Aku tahu korang lapar kan? Hahhaa.


See my coolblog? Hahhaa

Disini saja lah nukilan untuk harini. Ada jodoh kita jumpa balik.

Assalammualaikum :D