♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




La Tahzan

La tahzan. Ingatlaah setiap yang berlaku itu ada hikmahnyaa. Kita mungkin ada perancangan untuk masa hadapan kita, tapi ada yang lebih jauh perancangan-Nya iaitu Allah SWT. Jangan sangsi dan was was dengan ketentuaNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Harini mungkin kita sedih, esok lusa siapa tahu kita lah insan yang paling bahagia atas muka bumi ini? Mudah caranya, hanya dekatkan diri kepada diriNya. Nescaya hati kita akan jauh lebih tenang dari sekarang.


Jangan bersedih bila orang memakimu kerana orang yang memakimu tidak la sempurna. Tiada yang sempurna di dunia ini. Masing masing ada kekuranganyaa. Sama sama kita memperbaiki diri.

Bersedih tidak akan hilangkan rasa sakit hatimu, tapi lebih membuatkan dirimu berasa lebih kecewa dengan diri sendiri. Keluarlah dari kepompong kesedihan. Ada sinar kebahagiaan menantimu di luar sana.

Hidup ini memang penuh dengan dugaan dan cabarannya. Tapi dugaan dan cabarannya inilaah bukti Allah masih sayangkan kita. Insyaallah. Kita cuma perlu teruskan hidup dan jangan sama sekali toleh ke belakang. Saya sendiri pun sedang melakukan hal yang sedemikian. Terfikir di sejenak hati, mengapa kita perlu bersedih pada orang yang tak tahu untuk menghargai diri kita? Saya percaya pada aturanNya. 




JANGAN BERSEDIH! Allah selalu ada dengan kita. Kita je yang selalu lalai dengan suruhanNya. Astaghfirullahalzim. Beristighfarlaah. Dengan Dia kita boleh mohon apa sahaja. Allah mendengar setiap bait kata kata hambaNya.

Mari kita cuba tabahkan hati kerana pasti ada yang tersirat dan tersurat dengan apa yang terjadi dengan dirimu kerana kita manusia biasa yang tidak berdaya memikirkan apa hikmahnyaa, apa rahsianya.

Mari kita kuatkan hati serapuh kaca ini, salutkan bersama doa suci kerana doa itu tersimpan seribu satu kekuatan untuk kita. Kekuatan yang sebenarnya hanyalah Dia yang esa.

Simpan segala pahit dan duka dalam surat kehidupan ini yang penuh pengajaran. Di sebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau redha dengan ketentuan illahi.

La tahzan la tahzan la tahzan
Assalammualaikum.