♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Happy Birthday Nana !

Hai hai hai hai :)

Ceria tak? Mana tak cerianya. Nana dah genap 20 tahun dah. Alamak tua la pulak. But nevermind. Kita memang makin lama makin tua pon kan? Ade ke makin muda dan muda? Ahaks!

Happy Birthday Nana yang ke 20. Nana itu saya la! Haha, kisah pulak nana syok sendiri? Sapu sapu itu hater! Hahaha XD



Sedapnya kek tu!

Terima kasih pada yang dah mendoakan kesejahteraan nana, keselamatan, kebahagiaan dan sebagaiknya. Nana hargai sangat korang korang semua :')

Walaupun nana tak dapat prank tahun ni, tapi nana tetap happy. Yela tengah praktikal kan? Its okay baby. Hahaha.

Sedihnyaa sebab masa birthday nana ni, takde dana untuk di kongsikan dengan kawan kawan etc. belanja makan ke? Ape ke. Takde pon :'(

Tapi agak sayu bila orang yang kita sayang, tiada di sisi semasa hari bahagia kita. Dia sedang mencipta bahagianya sendiri. Takpe laaah, dah itu jadi kebahagiaan dia, nana ikutkan aje.

Mungkin satu text message dari dia dapat menceriakan hari macam ni. Yela, dah berbulan bulan tak contact :| Tapi semalam berkat keberanian nana and dicabar oleh kawan nana, nana memberanikan diri untuk menghubungi dia sebab birthday bonus kan dapat free sms and calls.

Hati berdegup kencang, tut tut tut. 
Akhirnya dia angkat. Tapi ada satu yg mengecewakan. "Hello, ni sape?"
Tersentak aku dengarnya. "Ai dah tak ingat dah ke? Dah tak cam suara? Bapak kejam -__-". Aku pun menjawab.

"Alaaa sape ni? Cakap laaaa. No contact semua hilang"
"Ohh takpe la dah tak kenal. Ok bye", aku membalas.
"Ingat ingat, Nana!"
"Ohh baguslaah ingat." Baru je nak sentap hati selama 10 tahun. Hahaha.

Okay selepas tu, kami berborak macam biasa. Macam takde pape jadi je sebelum ni. Tak lama pon sembang sebab dia tengah outstation kat kuala lipis tu.

Pastu dah habis call. Dia text. Macam nak ajak text. Tapi nana layankan aje. Tapi tak over la sebab taknak memori lama berulang kembali.

Sebenarnya bukan hanafi yang last wish birthday nana, tapi Amirul Iman. Nana OTP dengan hanafi lagi lama dari Iman. Tapiiii, tak boleh kalahkan Azli la sebab gayut berejam jam sampai panas telinga dengar suara masing masing. Hahaha XD

Nana dah tak kisah pasal benda tu semua. Bagi nana, biarlah angka 20 ini setimpal dengan sikapnya. Nana nak belajar bagaimana untuk mematangkan diri lagi. Nana taknak duduk dalam kepompong yang sama. Nana nak kemajuan dalam hidup.

Nana juga percaya pada jodoh. Ada jodoh memang tidak kemana. Tak perlulah nak menentang perjodohan macam sebelum sebelum ini.

Dia bahagia, nana pun tumpang bahagia. Itu yang nana nak sebenarnya. Dia perlukan kebebasan dan kebahagiaan. Nana tak dapat nak beri pada dia. Nana tak salahkan takdir. Mungkin ini jodoh yang Allah telah tentukan.

Terima qada' dan qadar adalah sangat penting untuk menjadi seorang insan yang beriman. Setiap apa yang berlaku, In Shaa Allah ada hikmahnya. Janji Allah itu pasti.

Assalammualaikum, sampai sini saja yaa.
Syukran :)