♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




*Hipokrit

Hipokrit. Mungkin title entry saya kali ni agak kontroversi. 

Tapi inilah fakta dunia yang perlu kita hadapi. Kita mungkin tak sejahat mana dimana kita bukan perogol, perompak, penjenayah dan sebagainya. Tapi sikap kita mungkin dilihat seperti kita sudah melakukan pelbagai kerja jenayah.

Sikap apa? Sikap hipokrit. Sedar tak sedar sememangnya kita semua ni tak lari dari sikap hipokrit. Biasalah manusia, mana ada yang sempurna. Baik luarannya, tak semestinya dalaman pun baik.

Kita actually memang tak deserved nak judge orang bcoz kita pon tak sempurna yang banyak kekurangannya. What about kalau kita perbetul diri kita sendiri before kita nak menghukum orang yang ada di sekitar kita.

Pada nana, nana pon pernah nak judge orang sesuka hati nana. Tapi tu before nana kenal orang tu macam mana. After kenal and mendalami sikap dan sifat dia, dari situ kita boleh tahu yang tanggapan kita masa first met memang meleset!

Tapi bila dah kenal lama dengan seseorang tapi still cover perangai pon menyampah jugak. Dengan kita kemain buruknya perangai, tapi kalau dengan orang yang dia belum biasa kan lagi, ya Allah. Pijak semut pon tak mati woii!.

Marah marah ni. hahaha, ehh tak laah. Macam apa ye nak cakap, tak perlulah nak hipokrit dengan beraction macam gadis melayu terakhir depan orang. Tapi, dengan kita dialah macam hantu. Memang tak kena langsung dengan perangai dia tu.

Aku tatau macam mana nak bawak diri aku keluar dari kerungsingan aku dengan manusia macam ni. Dulu aku pernah jumpa orang yang macam ni. Ikutkan hati rasa nak sepak sepak je.! Haha (Jahat tak?) *sikit sikit je k. Hihi.

Pada pendapat aku, tak perlu la nak berkelakuan macam tu. Walau buruk mana perangai kau, kalau kau tak jenis cover segala benda, orang boleh terima la weh. Memang kita tak dapat nak puaskan hati semua orang tapi at least tak buat benda yang orang tak suka. Especially tentang diri kita.

Nana tak cakap nana ni super perfect ke apa kan? Kita manusia masing masing ada kelebihan dan kekurangannya. Tak salahkan ingat mengingati antara satu sama lain? Kat situ dah boleh membina satu ukhwah yang terjalin antara kita dan orang sekeliling kita.

Kita patut terima teguran dari orang. Kalau benda itu baik untuk diri kita sendiri, dengarkan aja. Tapi kalau orang tegur benda yang tak betul and really wrong dari diri kita, why not kita cakap dia elok elok. Tak perlu nak show off perangai kita yang snobbish dengan melawan balik. Its not nice. Lagi lagi kalau orang yang menegur kita ni dari kalangan orang tua. 

Show some respect. Tunjukkan kan diri kita yang kita ni seorang yang matang. 

Renung renungkan. Dan selamat beramal. Peace yawww!