♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Munafik & Syurga Cinta

Cinta. Apa itu cinta? Apa yang anda faham tentang cinta?

Satu soalan yang abstrak dan kita akan menjumpai pelbagai jawapan dari soalan di atas itu. Sape kat sini boleh terangkan apa itu cinta yang sebenarnya?

Kita sering mengatakan yang kita sudah jatuh cinta. Bila ditanya apa itu cinta, masing masing tak dapat menjawab soalan mengikut skema jawapannya. Hahahaha.

Pada nana, cinta itu satu ikatan antara 2 jantina iaitu antara lelaki dan perempuan. Mereka terikat dengan ikatan batin dimana masing masing mempunyai perasaan yang sama itu perasaan kasih dan sayang.

Kita sebagai manusia biasa mana boleh lari dengan perasaan ini. Perasaan ini sebenarnya satu amanah dari Allah SWT kepada kita. Cinta adalah fitrah manusia.

Cinta itu sebenarnya anugerah yang indah. Kita manusia yang mencorakkan cinta itu ke arah baik atau tidak. Tapi ingatlah bercinta bukan maksud bercouple. Couple itu haram.

Kita masuk kepada munafik cinta. Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan munafik cinta? Munafik cinta bermaksud menzahirkan perkara perkara yang baik depan orang tapi cintanya menunjuk nunjuk depan orang. Di belakang orang, mereka tak ubah seperti couple yang lebih cenderung ke arah maksiat seperti zina hati, mata, dan sebagainya.

Pasangan yang munafik cinta ini bahaya kerana ia akan mempengaruhi pasangan yang lain untuk tampak baik depan orang awam. Hakikatnya mereka takbur serta riak dengan pasangan masing masing. Berlandaskan hukum hakam agama mereka tegakkan, tapi mereka sendiri melakukan dosa akibat cinta yang tersalah jalan itu.

Syurga cinta. Apa yang dimaksudkan dengan syurga cinta ialah cinta yang membawa kita ke syurga. Kita yang mencorak cinta kita menjadi cinta sejati atau tidak. Cinta tidak memudaratkan diri kita. Tapi diri kita sendiri la yang memudaratkannya.

Cinta selepas kawin, merupakan cinta yang di anjurkan sebenarnya. Cinta sebelum kawin sebenarnya boleh mengundang kepada ke arah maksiat kalau hati dan iman kita tidak teguh. Iman tidak tetap. Akan menaik dan menurun dan iman jugak tidak diwarisi.

So coraklah bentukk percintaan anda. Nak bawa ke arah neraka atau syurga. Renungkan dan selamat beramal.

Assalammualaikum.