♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Nilai duit masa kini

Assalammualaikum.

Apa yang nana nak cakap harini ialah berkenaan dengan DUIT.

Duit. Agak agak korang boleh tak hidup tanpa duit zaman sekarang? Semua nya nak guna duit. Masuk tandas pun kena bayar tau! Mana ada lagi istilah free laa ni. Bukan setakat tu jaa, nilai duit pon nana rasa makin lama makin kecik.

Nak contoh? Sekeping not RM50. Berapa jenis barang ja boleh dapat kalau kita pergi pasaraya? Mungkin 1 barang, 2 barang atau 3 barang sahaja. Nilai RM50 sekarang macam RM5 je. Kalau aku yang duduk kat ipoh pon dah cakap macam tu apatah lagi masyarakat yang dduk di Keyel tu. Apa sangat yang dapat dengan RM50 tu?

Ermm,, bagi seorang pelajar macam nana ni memang banyak memerlukan duit lagi lagi sem depan nana nak start pikiaq nak buat projek apa. Ingat projek tak kena kuaq duit? Beratus ratus jugak. Mak oii nak cekau mana? PT tak cukup. Alamat kuruih la aku.

Macam lagu M. Daud Kilau tu, "Duit duit dimana kau duit?" Sasau aku nyanyi lagu dia. Haha. Kena paham la semua orang akan mengalami masalah kewangan punya. Selama dok praktikal kat taiping ni, serius talk la nana cakap duit PT nana lama dah habis. Sekarang ni memang mengharapkan belas ihsan mak bapak je bank in tiap tiap bulan. Cukup tak cukup pandai pandai la. Kadang kadang kalau duit nak habis, nana malas nak cakap. Takut depa kat rumah tu susah hati pulak. Selagi nana boleh berjimat nana jimat.

Kalau dulu awai awai sem, tudia punya tak sedaq diri p ke hulu p ke hilir. Ehh tiba tiba sedar yang nana dah start loghat utara. Hahaha dok taiping kan dah cakap utara. Kadang kadang nana belajaq perkataan baru dari depa depa la. Masa PT punya duit banyak lagi, kemain berjalan sakan. Ke penang la ke ipoh la. Tu la orang dok kata tak sedaq diri. Sekarang diri sendiri susah.

Ni aku tatau nak poli cena. Mau duit lagi. Aku rasa aku ni pembeban kat mak pak aku. Satu hari nanti bila aku dapat gheja elok, aku nak balas balik jasa jasa depa. Depa banyak tolong aku. depa la yang selalu ada dengan aku.

"Duit duit duit kemarilah kau~~!" Dah macam dukun tarik duit pulak aku ni kan? Hahaha, takpa la. Aku tau mesti ada yang kata, "hang dok post kat blog pasal takdak duit pasaipa? Ang ingat ang boleh dapat duit ka kalau macam ni?" hahaha. Orang tak bg tau pon nana tau dah awai awai. Nana tulih ni at least kurang sikit berat kat pala pikiaq pasai duit ja. Nana sedaq nana bukan orang senang. Tu yang dok nak bawak perubahan kat keluarga tu.

doakan nana ye? In shaa Allah dapat gheja elok boleh tolong mak bapak. Because I heart them so much. Thank you sebab dah lahirkan anak bebai macam ni. Puan Fatimah & Encik Omar. Thanks you nahh :-* for you both. papaiii~