♛ FΔNΔNΔNO ♛
About iolsss

hi uolsss. nama iolss nur farhana, boleh panggil nana je. awok anak jati negeri perak!


Age is just a number

Daisypath Happy Birthday tickers


Tagboard

Moh le kite nyembang



Twitter



Stalker Kesayangan




Selamat hari raya uolssssss :D

Hai hai hai.
selamat hari raya kepada saudara serta saudari.. setahun hanya sekali merayakan hari yang mulia ini~~ teng teng,.,

Gittuwwwwww~ punya semangat tau I nyanyi ni. Uolsss ape tahuu?

K.. dah lama rasanya I tak hapdate ini belog kan? So hari ni terasa lapang dada nak menaip sampai tercabut keyboard uzur ni. Heeee. First nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada sesiapa yang mengenali insan kerdil ini. Diharapkan uolsss semua dapat maafkan segala kesalahan saya. Dan tak lupa juga kepada insan yang jauh dimata tapi dekat dihati. Paham2 sendiri la. Saya nak mintak maaf kat awak sebab kekurangan saya yg menyebabkan awk pergi tinggalkan saya. K nana tak payah start episod sedih kau tu. Chillax k. Yang berlalu biarkan berlalu. Mungkin aku ni terlalu serius dalam perhubungan. Tu jeee. Heee. ok dah sudah.

Hari ni raya yang ke 6. Belum terlambat lagi kan aku nak buat teruk pasal hari raya? Kahkah. Chillax.~
Raya tahun ni, macam biasa suam suam kuku. Kenapa? Mungkin sebab makin tahun makin meningkat umur so dia punya feel tu kurang. Lagi satu hmmm malas la nak cakap. Mungkin tu jugak faktor nya kenapa aku rasa raya kali ni agak mendap. Kerana kurangnya orang yang havoc macam aku dalam family aku! Gittuwww. Kalau aku sorang je, yang lain diam macam patung kau rasa seronok tak? Adesss lifeless betul la dorang ni.

Dah, malas nak cakap pasal tu. Aku nak cerita pasal warna tema family aku tahun ni. HIJAU EMERALD.
Tapi bukan hijau tu yang aku maksudkan (yang background font). Ni aku letak gambar sendiri nilai la. Tapi kesian kat ayah dengan adik lelaki aku sebab dorang pakai baju tahun lepas sebab kepayahan nak cari baju yang match dengan warna baju kiteorang. Untuk nampak dia rare, kami semua pakai tudung warna coklat. Kahkah.


Itu semua cerita hari raya pertama. Selesai menggedik kat sini, aku balik ke kampung belah mak kat Parit, Perak. Dekat je, sejam dah sampai. Melawat kubur arwah atok, moyang, acu, dan nenek moyang keturunan kami. Katanya ada la sikit darah raja. Celah mana pon aku tatau la. Hahahaha. 

Cerita hari raya kedua, beraya ke rumah member kerja bapak aku kat malim nawar. Pun tak jauh, sejam jugak. Lepas mencekik sampai sendawa yang berbau hashem, bosan bosan berjalan sampai ke pengkalan tu. Aeon station 18 and tesco station 18. Dapat baju 2 helai. heeeeeeeeeeeee. 


Raya ketiga aku buat open house kepada jiran jiran, member2 and saudara mara. Alhamdulillah makaroni yang aku masak memang laris sekejap je dah habis. Mereka tidak putus putus memuji masakan ku yang sedap. Kalau sedap je tak pe la. Ni cakap sedap sangat. Alhamdulillah dah boleh kawin. Hahahahaha. Disebabkan makaroni ni cepat habis, aku masak la koey tiaw goreng basah. Pon mendapat sambutan. Bangga siaaaaak. Hahahahaha. Gambar makanan kat handphone adik aku la. Tak boleh nak upload hihi. 

Lagi beberapa jam aku akan berangkat ke Amsterbernam untuk meneruskan perjalanan untuk menggenggam segulung diploma. Byeeee see you soon....~